Friday, August 12, 2011

Facial & Health Emergency!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Hari ni sy nak cerita sedikit masalah yg sy sedang hadapi. Semenjak cuti semester lepas, sy menghadapi sedikit masalah dengan muka sy sehinggalah sekarang. Faktor utama dari masalah ni mungkin sebab akibat dari penyakit resdung sy yang semakin berleluasa dan salah pilih pencuci muka. So, muka sy naik banyak sangat jerawat sampai tak tahu nak buat apa dah. Masa masuk semester ni, ramai kawan-kawan yg tegur muka dah tak cantik. Ya Allah! Segannya! So, sy bernekad untuk cari produk-produk kecantikkan yg boleh membanteras masalah sy. Selain tu, cari juga produk untuk mengurangkan masalah resdung dan pengambilan makanan yg berlebihan.

Baru-baru ni sy ada terjumpa satu produk yg dipanggil Catalyst VCO Softgel. VCO tu Virgin Coconut Oil. Produk ni sangat-sangat disyorkan untuk orang yang banyak mengalami masalah kulit berminyak, berjerawat, senggugut yg teruk, parut jerawat, resdung dan banyak lagi. Produk ni juga boleh mengurangkan selera makan bagi yg nak diet. So, memang sangat sesuai dengan masalah yg sy hadapi. Setelah berbincang dengan boyfriend dan ibu kesayangan, sy pun beli produk ni. Harga dia, RM39.90. Bagi sy harga dia agak standard untuk ubat-ubat macam ni. Dulu sy penah makan ubat minyak kelapa dara ni tapi tanpa softgel. So, agak susah untuk sy telan sebab rasa dia tak sedap dan sedikit kelat. Oleh disebabkan produk Catalyst ni ada softgel, sy pun mencuba la. Buat masa sekarang, tiada lagi perubahan yg ketara, maklumlah baru je start makan. Insya'Allah, dalam masa sebulan sy dapat lihat perubahannya, kata penjual tu la. So, we wait and see. Bawah ni sy letakkan gambar produk tersebut dan juga website agen produk untuk anda mendapatkan produk ni.


Okay, tu baru cerita pasal ubat. Sekarang nak cerita pasal pencuci atau produk muka pula. Kalau korang baca post-post yg sebelum ni, korang dapat tau yg sy ni merupakan pengguna produk Garnier yg sangat setia. Dari pencuci muka, scrub hinggalah ke krim pencerah, semuanya produk Garnier. Tapi semenjak cuti semester lepas, produk Garnier ni macam tak berkesan. Masalah kulit muka bukan main lagi bertambah sampai sy rasa sangat stress dan sedih. Lepas tu, ibu sy start tegur pasal muka sy. Sy memang tak tau nak cakap macam mana la kan? Disebabkan degil, sy biarkan masalah kulit muka sy ni sampailah ibu sy menegur buat kali ke-2. Lepas tu, dia terus memperkenalkan produk Clay Facial Soap HPA pd sy. Dalam masa seminggu pakai sabun ni, sy dapat rasakan perbezaan dia. Harga dia murah tapi sy tak tahu berapa RM. Maklumlah, ibu belikan. Tapi yg sedihnya dekat Perlis, produk ni dah lama tak dikeluarkan. Susah gila nak cari. Oleh sebab itu, sy terpaksa cari jalan lain.

Tadi sy dan rakan serumah pergi berbuka puasa diluar. Dah alang-alang kat luar dan ada sedikit duit, sy pun 'decide' untuk cari pencuci muka dan toner kat Watson (Pembeli Setia). Agak sejam jugalah sy dan rakan serumah pusing dalam Watson tu. Bukan besar mana pun tapi tak jumpa-jumpa produk yg kita berkenan. Mula-mula cadang nak ambil produk Safi tapi rasa macam tak yakin je sebab sebelum ni memang penah pakai Safi tapi dia buat muka sy bertambah minyak. So, sy tak suka sebab muka memang dah berminyak dah pun. Pusing-pusing, ternampak produk NANO white. Sy memamg tak penah guna produk ni tapi atas testimonial rakan serumah, sy jadi ingin mencuba. Lagi-lagi bila nampak perkataan CLAY kat produk tu. Ramai orang kata, clay sangat elok untuk orang yg mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat. Harga produk ni sedikit mahal tapi ada promotion. NANO white clay cleanser + NANO white refining treatment toner = only cost RM15++. Memang terus ambil la kan? Tadi baru saja cuci muka dengan pencuci NANO white dan toner dia sekali. Rasa selepas cuci memang terbaik. Kulit rasa lebih bersih berbanding sebelum ni. Ni gambar produknya.


So, sy sekarang dalam sesi pencubaan. Harap-harap dengan izin-Nya, kulit muka dan masalah resdung sy berkurangan. Insya'Allah. Kalau sy ada masa, sy akan buat 'review' untuk produk-produk ni. Sekian.

XOXO, 
Syira Zainal

5 comments:

  1. syira!
    aku dh try vco tu, x ok la kulit ngn aku..jd kusam dan nek jrawat...tros stop :D
    my suggestion, bli produk yg mmg untuk kulit brminyak dan resdung...rajin2 la usya brg kt toko jamu... =P kt sne lg better ad org yg btol2 taw pe yg seswai tok kulit mke kte... (:

    ReplyDelete
  2. mera, ye ke????? toko jamu tu kt ne?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kt perlis bnyk kn dear...toko jamu tu means mcm kdai yg jual produk2 kcantikan..ble umo dh 19++ elok mkn sumthing tok dalaman..mcm mnuman collagen. Sbb ble umo kte mningkat,kulit mkin kurang collagen n sbb tu la kulit dh laen..x mcm muda2 dlu =p
    try ko mkn cocoa collagen...murah n amal slalu ok..ko bli 3 kotak tros..untk stu bulan...die khas tok kulit n dalaman...if minat aku bg link nti...mke tu pkai serum gak,jamin cun hbs..n one more thing dr soft gel vco tu bek ko pkai vitamin e oil,cosmoderm. Sgt bgs 4 scars..2,3 hri dh nmpk kesan die...blh bli kt guardian,rm 39.00...dlu pnah try bio oil mmg elok tp this one lg effective dr bio oil... (:

    ReplyDelete